Human

Status
i use 'aku' to represent aku . you can call me nor if ure blogwalking & for people that know me then panggil jelah macam selalu . halah halah ><
Home About

Very busy guys . Can't proceed anything yet T-T

Owner

بسم الله الرحمن الرحيم




R & R

الحمد لله ربّ العالمين
أستغفر اللّٰه
سبحان الله




storieslist


© 2014 - All edit by Pop
; Hargailah orang yang menegur kita
Wednesday, 1 June 2016 • Wednesday, June 01, 2016 • 0 comments



"Kau tak faham. Aku bukan tak nak berubah, tapi aku dah ketagih. Kau ingat, senang ke nak tinggalkan benda yang kita dah ketagih? Kau tak pernah kena senangla cakap!!"

"Kau tu, lahir dalam keadaan suci. Mak ayah kau masukkan kau dalam sekolah agama. Boleh la kencang. Aku ni, duduk dalam keluarga porak peranda. Kalau kau hidup macam aku, tah-tah kau jadi lagi teruk dari aku..."

Kawan.....

Sebenarnya, boleh jadi, orang yang selalu tegur kita tu, bukanlah sebab mereka ni suci atau tak pernah hidup bergelumang dalam dosa.

Tak semestinya.

Boleh jadi, mereka tegur kita tu, sebab mereka dah pernah hidup dalam kekotoran, dan mereka dah rasa betapa peritnya hidup dalam dosa dan maksiat.
Dan, kenapa mereka bersungguh-sungguh tegur kita ? kerana mereka ingin selamatkan kita. Mereka tak nak kita rasa benda yang mereka dah rasa dulu. Mereka tak nak kita ni terseksa dengan dosa seperti mana mereka pernah lalui di zaman silam mereka.

Kita selalu tuduh mereka "tak faham" kita. Kita jadikan itu sebagai alasan untuk kita tak nak terima teguran.
Kita kata:
"Kau sekolah agama boleh la..."
"Mak ayah kau ustaz ustazah. Boleh la..."

Tapi, kita lupa satu benda. Hari ini, siapa mak ayah, sekolah agama atau bukan, ia bukanlah penentu seseorang tu baik atau jahat.

Saya sendiri dah jumpa ramai pelajar sekolah agama, tahfiz yang berzina. 
Saya juga pernah jumpa banyak kali orang yang lahir dari keluarga yang cerai berai, tapi akhirnya dia jadi orang yang sangat baik dan menjaga agama.


Akhirnya, perubahan itu bergantung pada diri sendiri


Kita tak tahu. 
Kadang, orang yang kita nampak dia baik dan soleh sekarang, kita tak tahu, apa ujian yang mereka hadapi. 
Betapa susah dan besarnya pengorbanan yang mereka lakukan untuk akhirnya mereka jadi orang yang baik seperti yang kita kenal.
Kita tak nampak jatuh bangun mereka. 
Kita tak nampak berapa banyak kali mereka menangis mengalirkan air mata taubat. 
Kita tak nampak betapa susahnya mereka berkorban menahan diri dari maksiat, di kala orang sekelilingnya menganggap ianya normal.
Kita tak nampak bagaimana mereka di kutuk, di caci, di pulau ketika mereka nak berubah

Apa yang kita nampak ?
Yang kita nampak hanyalah sekarang dia baik, dan dia selalu tegur kita.
Kemudian kita terus menerus tuduh mereka:
"Kau tak faham aku!!"
"Kau suci boleh la!!"
"Kau hipokrit. Tak payah bajet alim! Kau tu bukan baik sangat!!"

Tapi, adakah mereka membalas segala maki hamun dan tuduhan yang kita sering lemparkan?
Tidak.
Mereka sabar. Bahkan, mereka berdoa untuk kita di malam hari, agar Allah beri kita hidayah. Agar Allah beri kita petunjuk dan buka hati kita.Mereka tegur kita, bukan kerana nama. Andaikata kerana nama, nescaya mereka akan putus-asa bila nama mereka di buruk-burukkan dan di fitnah serta di tohmah. Mereka tegur, hanya semata-mata untuk tak nak kita terjatuh ke dalam lubang yang mereka pernah terjatuh di zaman silam mereka.
Mereka nak selamatkan kita. Bukan kerana mereka memandang rendah kita, membenci kita, atau yang sebagainya. 

Ingatlah wahai teman.
Di akhirat nanti, kita akan menangis dan menyalahkan semua orang yang tak tegur kita ;
"Kenapa kau tak tegur aku kat dunia dulu??!! Kenapa kau biarkan aku buat dosa?!!"
"Aku dah tegur kau. Tapi kau tak ikut..."
"Kenapa kau tak paksa aku?!! Kenapa kau tak marah aku!! Kenapa kau putus-asa dari aku!!"
Di saat itu, kita akan menyalahkan orang yang tidak menegur kita.

Tetapi, di dunia...
Kita sering menyalahkan orang yang menegur kita..
"Kau siapa nak tegur aku?"
"Takyah menggelabahla.. Kau tu sembang je lebat. Perangai macam haram..."
"Kau blah la!!!"

Muhasabahlah wahai teman..
Hargailah setiap orang yang menegur kita. Hargailah mereka.


-Tarbiah Sentap-


0 Comments:

Post a Comment


|