Haura Al-Maqsurah

Status
Semoga Nor Afifah Binti Ahmad Affendi mendapat dekan dalam semua semester . Amiinn
Home About

Spm was end btw the result is coming. Btw i will edit my blog soon to more brighter :D

Owner

بسم الله الرحمن الرحيم




R & R

الحمد لله ربّ العالمين
أستغفر اللّٰه
سبحان الله




storieslist


© 2014 - All edit by Pop
; Cara nak tegur kawan tanpa dia terasa ?!
Tuesday, 22 September 2015 • Tuesday, September 22, 2015 • 0 comments



Bismillah.

Saya banyak kali dapat soalan macam ni:

“Ustaz, macamana nak tegur kawan kita, pada masa yang sama, dia tak terasa? Saya takut nak tegur kawan saya, takut-takut, dia akan jauhkan diri dia dari saya…Huhu..”

Hmm..

Saya kira, ramai di kalangan kita takut nak menegur kawan, takut nak buat dakwah, takut nak post dan twit benda baik kat media sosial, sebab takut orang terasa, takut orang kutuk, takut orang benci, takut orang pulau kita dan sebagainya. Sungguh, ramai sangat yang fikir macam ni, yang mana akhirnya, akibat dari “perasaan takut” ini, ramai sangat yang tinggalkan dakwah, lalu, akhirnya hanyut di buai nafsu, terpengaruh dengan kawannya yang buat dosa dan maksiat.

Jadi, apakah penyelesaian tentang perkara ini?

Yelah, kita semua pun tahu, dakwah tu hukumnya WAJIB. Kita layak tak layak tu lain cerita. Actually, kalau kita ni ISLAM, kita dah di kira layak untuk dakwah. Isu amal tak amal, cakap tak serupa bikin dan yang sama waktu dengannya, saya dah ulas panjang lebar dalam buku Tarbiah Sentap 1, dalam bab 4.

Kali ni, saya nak terangkan secara detail tentang isu “dakwah tanpa orang terasa”, step by step. Saya harap sangat, korang boleh dapat manfaat, faham secara lumat, dan moga ianya membuatkan korang rasa berani dan kuat !

Jom kita hayati, amati, fahami, satu per satu.

HAKIKAT , SUNNAH DAN ASAM GARAM DAKWAH

Saya akan ulas subtopik ni dalam bentuk point. Take note satu persatu ye :)

1) DAKWAH ITU MEMANG AKAN MEMBUATKAN ORANG TERASA.

“Ha? Apa? Biar betul?!”

Ye. Betul.

Memang bila kita menegur, orang yang di tegur akan terasa. Percayalah. Korang pernah kena tegur tak? Korang terasa tak dengan teguran tu? Komfem korang terasa punya. Jangan tipu diri sendiri.

Kenapa terasa?

Saya bagi perumpamaan mudah untuk korang boleh faham.

Bayangkan, kalau bilk tidur korang gelap sebab korang tutup lampu nak tidur. Tiba-tiba, ada kawan korang masuk bilik korang dan bukak lampu. Mesti mata korang akan sakit kan? Sebab dah lama duduk dalam gelap, tiba-tiba ada cahaya masuk. Sakit kot mata…

Tapi, sakit tu sekejap je. Lama-lama, mata kita akan normal balik. Dalam subjek sains ada ulas topic ni. Cuba ulangkaji. Hehe..

Anyway, apa yang saya nak sampaikan sebenarnya?

Actually, kegelapan tu ibarat dosa. Dan cahaya lampu tu ibarat teguran kita. Awal-awal, bila kena tegur, memang hati kita akan sakit, kita akan terasa, sebab kita dah lama buat dosa(kegelapan), lepas tu orang tegur(cahaya), kita akan terasa lain macam.

TAPI, kalau kita rasional, dan tak ego, kita akan terima teguran tu. Walaupun yang tegur tu ialah orang yang paling kita tak suka. Sebab, kita jangan pandang orang yang menegur, tapi, pandanglah apa yang di tegur.

So, nak buat macamana??

Bila kita tegur dengan cara lembut ke, cara tegas ke, orang akan tetap terasa. Percayalah. Tapi, yang membezakan orang beriman dengan orang yang tak beriman ialah bagaimana respon kita setelah di tegur.

a) Orang beriman, dia akan mengambil manfaat dari teguran tu.

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنْفَعُ الْمُؤْمِنِينَ“Dan berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman…”(Az-Zariyat: 55)

b) Orang Kafir takkan terima teguran tu.

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ لاَ يُؤْمِنُونَ“Sesungguhnya orang-orang kafir itu, sama sahaja, kamu menegur mereka atau kamu tak menegur mereka, mereka takkan beriman….”(Al-Baqarah: 6)

c) Orang munafiq pulak, dia pura-pura terima, tapi hati mereka menolak, lepas tu kutuk belakang.

وَإِذَا لَقُواْ الَّذِينَ آمَنُواْ قَالُواْ آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْاْ إِلَى شَيَاطِينِهِمْ قَالُواْ إِنَّا مَعَكْمْ إِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِئُونَ
“Dan apabila mereka berjumpa dengan orang beriman, mereka berkata, ‘Kami telah beriman’. Tetapi apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka(para pemimpin, rakan dan lain-lain), mereka berkata: ‘Sesunggunya kami bersama kamu(orang beriman) hanyalah olok-olok sahaja…”(Al-baqarah: 14)

So, kesimpulannya, orang terasa dengan teguran kita tu adalah fitrah, normal, dan tak boleh di elak.

Jangan sedih.

2) DAKWAH ITU PASTI ADA TENTANGAN

Pertama, saya nak nyatakan secara terus terang bahawa:

“Dakwah pasti dan pasti akan mendapat tentangan”.

Sungguh saya kata. Percayalah.

Tak percaya?

Korang mesti pernah dengar kisah nabi Nuh bukan? Macamana nabi Nuh dakwah pada umatnya, selama 950 tahun, tapi, umat nabi nuh bukan takat tak ikut nabi Nuh, tapi nabi Nuh di caci maki, di hina, di pulau, di boikot, di jauhi, di benci, di perkecilkan dan sebagainya. Dan lebih menyedihkan, isteri dan anak nabi Nuh pun turut sama menjauhi nabi Nuh!

Cuba korang bayangkan, rasa-rasa apa perasaan nabi Nuh?

Sungguh, nabi nuh rasa sedih, hatinya pedih, nabi nuh menangis, merintih, bahkan, kadang, nabi nuh rasa putus-asa. Cuba korang salami perasaan nabi Nuh, cuba korang amati luahan hati nabi nuh dalam surah Nuh. Hayati!

Nuh berkata:

قَالَ رَبِّ إِنِّي دَعَوْتُ قَوْمِي لَيْلا وَنَهَارًا
“Ya tuhanku, sesungguhnya, aku telah menyeru kaumku siang dan malam!”

فَلَمْ يَزِدْهُمْ دُعَائِي إِلاَّ فِرَارًا
“Tetapi, seruanku itu tidak menambahkan iman mereka, bahkan mereka lari dari kebenaran!”

وَإِنِّي كُلَّمَا دَعَوْتُهُمْ لِتَغْفِرَ لَهُمْ جَعَلُوا أَصَابِعَهُمْ فِي آذَانِهِمْ وَاسْتَغْشَوْا ثِيَابَهُمْ وَأَصَرُّوا وَاسْتَكْبَرُوا اسْتِكْبَارًا
“Dan, sesungguhnya, setiap kali aku menyeru mereka untuk beriman agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke telinganya(tutup telinga), dan menutup mukanya dengan baju, dan mereka mengingkari serta menyombongkan diri….”

(Nuh : 5 hingga 7)

Serius. Bila saya baca surah Nuh ni, saya agak sebak. Nabi Nuh dakwah 950 tahun kot, siang dan malam kot! Lepas tu kena kutuk gila-gila. Tapi, baginda tetap kuat, tetap teguh menyampaikan kebenaran! Kita, kena kutuk sikit, kita down. Kita terus rasa give up, tak nak dakwah. Kita rasa tak mampu, kita rasa geram dengan orang yang tak terima teguran kita.

Tapi, kenapa kita tak nak bandingkan diri kita dengan nabi Nuh? Kalau nabi Nuh mampu kuat, kenapa kita tak boleh?

Hmm..

Korang mesti pernah dengar kisah nabi Ibrahim kan? Macamana nabi Ibrahim usaha untuk memahamkan umatnya supaya tak sembah berhala, macam-macam cara baginda lakukan untuk menyeru umatnya. Akhirnya, nabi Ibrahim hancurkan berhala-berhala tersebut. Tahu apa jadi selepas itu?

Nabi Ibrahim kena marah dengan ayahnya sendiri, kena maki hamun dengan umat dia, dan nabi Ibrahim telah di bawa di khalayak ramai, dan telah di campakkan dalam API yang sangat besar, panas dan luas, sehingga mereka nak campak nabi Ibrahim kata pi tu, terpaksa kena guna lastik dari jauh, sebab bahang api tu terlalu panas!

Adakah nabi Ibrahim putus asa dan takut untuk terus sebarkan dakwah?

Tidak!

Kita ni, kena-kena kutuk pun, takdelah sampai kena campak dekat api. Paling-paling pun kena bantai, kena bash dengan haters. Kalau kita rasa nak down, cuba bandingkan diri dengan nabi Ibrahim. Kalau nabi Ibrahim mampu kuat, takkan kita tak boleh?

Huh..

Korang mesti pernah tahu, kisah Nabi Isa. Bagaimana kaumnya telah mengejar dan memburu nabi Isa untuk membunuh nabi Isa. Nabi Isa adalah nabi yang termiskin. Tiada rumah, hidup sebatang kara. Lantaran kemiskinan itu, kaumnya memandang rendah akan diri baginda. Mereka nak bunuh nabi Isa! Sehingga nabi Isa lari, lari dan lari, seterusnya menyorok di belakang pokok, menyelamatkan diri.

Kita ni, takdelah sampai orang kejar kita nak bunuh kita. Kalau kita rasa down, cuba bandingkan diri kita dengan nabi Isa. Bandingkan. Kalau nabi Isa mampu untuk kuat dan tak putus asa, mengapa tidak kita?

Huh…

Korang mesti pernah dengar kisah nabi Musa kan? Macamana nabi Musa dan pengikutnya di buru oleh Firaun, Firaun nak bunuh mereka! Di kejar habis-habisan, sampai pengikut nabi Musa dah ragu-ragu!

“Betul ke ajaran nabi Musa ni betul? Kalau betul, kenapa kita di benci sebegini teruk??’

Mereka di kejar oleh tentera Firaun, yang mana akhirnya, nabi Musa dan pengikuntnya tersekat di sebuah laut. Tiada jalan keluar, kalau nak mara ke hadapan, lemas di lautan. Kalau nak patah balik, mati di bunuh tentera Firaun yang lengkap bersenjata.

Tapi, akhirnya, Allah perintahkan nabi Musa untuk pukul laut tu dengan tongkat, lantas terbelah la laut tersebut, dan nabi Musa serta pengikutnya dapat laluinya dengan selamat!

Selepas peristiwa tu, nabi Musa pergi ke bukit tursina selama 40 hari. Setelah 40 hari, tika nabi Musa kembali ke halamannya, alangkah terkejutnya nabi Musa, pengikutnya semua telah murtad dan menyembah sapi betina!!! Nabi Musa sangat sedih, sangat marah. Mana taknya, Allah dah tunjukkan kebesaranNya dengan membelah laut, tapi, kaumnya masih boleh lagi berpaling dari Allah…

Agak-agak apa perasaan kita, bila kita dah dakwah seseorang, seseorang tu dah jadi baik, tiba-tiba, suatu hari, bila kita jumpa orang tu, dia jadi teruk semula dan lupakan segala kebaikan yang kita dah buat kat dia. Mesti kita pedih bukan??

Tapi, kalau nabi Musa boleh kuat, kenapa kita tak boleh?

Isk isk…

Korang mesti pernah dengar kisah Nabi Muhammad bukan? Time di fasa mekah, bagaimana awal-awal, nabi naj ajak penduduk mekah kepada Allah. Nabi Muhammad di pulau, di seksa, di cerca, di tuduh gila, di tuduh ahli sihir, di tuduh pemecah belah umat, di tuduh kena rasuk jin, di benci begitu sekali. Sehingga kaum quraisy ketika tu amat benci siapa-siapa yang ikut nabi Muhammad.

Sumayyah di sula sampai mati!

Keluarga Yasir di seksa sampai mati!

Bilal b Rabah di seksa di atas padang pasir yang panas, dan di letakkan batu yang besar di atas badannya!

Khabbab Al-Arat di pakaikan baju besi, kemudian di panggang di atas bara api, sehingga baju besi tersebut menjadi panas, menggelegak, sampai kulit daging beliau terkeluar, dan lemak-lemak dagingnya telah memadamkan bara api tersebut!

Abu Bakar di bantai, di pukul, sehingga mukanya tak dapat di cam oleh orang ramai lantaran bengkak, lebam, dan luka berdarah di seluruh tubuh badannya!

Sehingga, sahabat meluahkan rasa sedih, pedih, kecewa dan sengsara mereka pada nabi, mereka hampir putus-asa, lantas Allah berfirman untuk menjawab segala kekecewaan mereka:

“Adakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, sedangkan belum datang kepadamu ujian seperti yang di alami oleh orang-orang terdahulu daripadamu? Mereka di timpa kemelaratan, penderitaan, dan di goncang dengan pelbagai ujian, sehingga rasul dan orang-orang beriman bersamanya berkata; ‘Bilakah pertolongan Allah akan hadir?!!” Ingatlah, bahawa, pertolongan Allah itu amatlah dekat….”

(Albaqarah: 214)

Kenapa saya cerita semula kisah-kisah ini?

Supaya kita sedar, bahawa asam garam dakwah ialah, kita akan mendapat tentangan. Maka, kalau mereka semua mampu untuk bertahan dan setia dengan kebenaran hingga saat akhir, mengapa kita tak boleh?

Saya yakin, kita semua mampu!

3) DAKWAH MEMBUATKAN KITA DI AKAN HILANG KAWAN.

Cuba korang hayati kata-kata seorang tabien yang bernama Uwais Alqarni rahimahullah. Beliau berkata:

إن الأمر بالمعروف والنهى عن المنكر لم يدعا للمؤمن صديقا۔ نأمرهم بالمعروف, فيشتمون أعراضنا, ويجدون في ذلك  أعوانا من الفاسقين, حتي والله لقد رموني بالعظائم, وأيم الله, لا أدع أن أقوم فيهم بحقه

“Sesungguhnya, melaksanakan kewajipan mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran itu akan menyebabkan orang beriman itu tidak mempunyai kawan. Apabila kita mengajak mereka kepada kebaikan, maka mereka pun akan mencela kehormatan kita, dan mencari penyokong di kalangan orang yang fasiq (untuk melakukan kerosakan kepada kehormatan diri kita.

Sesungguhnya demi Allah! Mereka telah menuduhku dengan pelbagai tuduhan yang dahsyat. Namun, demi Allah juga, aku sama sekali tidak akan meninggalkan untuk menegakkan (amar makruf nahi munkar) kepada mereka dan kewajipannya!”

(Kitab Al-I’tishom, Imam Al-Syatibi)

Cuba korang perhatikan. Kalau korang nak tahu, Uwais Alqarni adalah penghulu para tabien, salah seorang wali Allah yang mahsyur, banyak riwayat yang menyatakan kelebihan beliau. Kalau tokoh setaraf wali pun kena hentam dan di tuduh macam-macam sebab mahu menegur manusia, maka, kita yang biasa-biasa ini apatah lagi. Akan di tuduh, di buka aib, di ungkit silah silam dan sebagainya.

Tapi, takkan nak putus-asa pulak? Jangan. Ingat, ingat:

“Kalau tokoh setaraf wali pun kena hentam dan di tuduh macam-macam sebab mahu menegur manusia, maka, kita yang biasa-biasa ini apatah lagi…”

Kan?

4) TAK SEMUA ORANG AKAN TERIMA DAKWAH KITA.

Ni pun kita kena perhatikan secara teliti, secara lumat, secara mendalam.

“Tak semua orang akan terima dakwah kita!”

Kadang-kadang, kita nak semua orang terima apa yang kita cakap, kita nak semua orang terima cara kita, kita nak semua orang berubah dengan dakwah kita. Lepas tu, bila ada orang yang tak berubah, bila ada orang tak terima, bila ada orang jauhkan diri, kita rasa stress, tertekan, tension.

Sebab apa?

Sebab kita ingat semua akan wajib terima cara dan dakwah kita, dan kita tak boleh terima bila ada orang tak terima kita. Lepas tu kita down..

Rileks dan bertenang.

Kita ni bukan tuhan. Kita bukan Allah.

Yang bagi hidayah pada manusia bukanlah dengan teguran kita, kata-kata kita, tulisan kita dan sebagainya. Tapi, yang bagi hidayah ialah Allah!!

Mungkin seseorang tu tak boleh berubah dengan cara kita, tapi dia boleh berubah dengan cara orang lain.

Sebab tu, bila ada orang tak terima teguran kita, kita jangan marah. Tapi, kita doakan agar mereka dapat berubah dengan teguran orang lain.

Saya ulang:

“Bila ada orang tak terima teguran kita, kita jangan marah. Tapi, kita doakan agar mereka dapat berubah dengan teguran orang lain…”

Ini tak. Ada segelintir kita, bila orang tak boleh terima teguran dia, dia terus maki hamun, menghina orang tu dengan pelbagai penghinaan dan caci maki, seolah-olah orang tu takde harapan untuk berubah. Apakah?!

Jangan macam tu kawan.

Ingat…

إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ
“Sesungguhnya kamu tak dapat memberi hidayah kepada orang yang kamu cintai, tetai Allah lah yang memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki…”
(Al-Qasas: 56)

Kerana itu, banyaklah berdoa pada Allah agar memberi mereka hidayah, dari asyik memaki hamun orang yang tak nak terima dakwah kita.

Lagi satu, ada di kalangan kita, di sebabkan nak SEMUA orang terima dakwah dia, maka diapun melonggarkan agama, dia tak berani nak cakap yang haram tu haram, bahkan sampai satu tahap, dia menghalalkan yang haram hanya semata-mata nak kelihatan “terbuka”, dan supaya di terima ramai. Untuk orang-orang yang macam tu, cuba korang hayati kata-kata ini:

رضا الناس غاية لا تدرك
“Keredhaan manusia ialah matlamat yang tak mungkin akan tercapai..”
(Imam Syafie)

Kita takkan boleh buat semua orang terima kita. Percayalah. Sebab tu, kita jangan buat dakwah untuk nak dapat like, nak ramai followers dan nak semua orang suka.

Biasala tu orang tak terima. Hayati juga kata-kata seorang ulama’ salaf:

الناس أعداء ما جهلوا
“Manusia itu memusuhi apa yang dia tidak tahu..”

Namun redha Allah itu yang aku cari...

وفي رضا الله كفاية عن رضا كل أحد
“Pada keredhan Allah itu ada kecukupan daripada mengharap kepada redha sesiapa pun…”

Burulah redha Allah. Bukan redha manusia.

***

BEBERAPA SKILL DALAM DAKWAH

Setelah kita tahu beberapa hakikat dan asam garam dalam dakwah, saya nak kongsi pada korang semua, beberapa skill dalam dakwah, agar, dakwah kita ini mudah di terima(walaupun tak semua akan terima).

Sebab sometimes, ada orang, memang dakwah dia takde orang terima langsung. Sebagai pendakwah, kita kena sentiasa koreksi diri setiap kali dakwah kita tak di terima.

Sebenarnya, dakwah ni tak semata-mata MENEGUR. Sometimes, nak dakwah ni, kita tak perlu nak tegur sangat pun, orang boleh berubah. Macamana?

Sebelum kita nak dakwah seseorang, kita kena berkenalan dengan dia, kena rapat dengan dia, kena dekati dia. Janganlah tak pasal-pasal, datang kat dia, terus tegur. Contohnya, ada couple, kita nampak, terus kita datang kat dia dan kata:

“Apa korang ni couple-couple… Janganla couple. Tak elok!”

Cara ni memang agak tak berkesan. Walaupun kadang-kadang berkesan.

Tapi, apa yang sepatutnya kita buat, kalau kita ada kawan yang kaki couple, atau kaki rokok, atau kaki drama dan movie, atau apa-apa lah, sebelum kita nak tegur, kita kena kenali diri dia dulu.

Dalam step pertama ni, antara benda yang korang boleh buat ialah:

a) Berkenalan dengan dia. Tanya nama, asal usul, tempat tinggal, atar belakang family, apa yang dia suka, apa yang dia tak suka, dan sebagainya. Bila kita dah kenal, barulah kita boleh tahu apa punca dia bermasalah. Mungkin ianya berpunca dari keluarga, atau kewangan dia tak stabil, atau pelajarannya teruk, dan apa-apa masalah, yang mana ianya membuatkan dirinya tertekan lalu terjebak dalam maksiat. So, dari situ, kita boleh dekati dia.

Kan?

b) Jalan-jalan dengan dia. Ajakla dia jalan-jalan, main bola sekali, atau shopping sekali, atau pergi program sekali, atau jogging sama-sama, musafir pergi laut atau sungai sama-sama. Bila kita musafir sama-sama, dari situ kita boleh tengok karakter kawan kita secara dekat. Time dia penat macamana sifat dia, time dia marah macamana diri dia, time masa kosong apa dia buat, kita boleh tengok dia concern atau tak dengan waktu solat, dan sebagainya. Sebab tu Umar Alkhattab kata:

“Jika kamu ingin mengenali kawanmu, maka, makanlah dengannya, tidurlah dengannya, dan bermusafirlah dengannya…”(Umar Alkhattab)

c) Bagi hadiah. Korang kenalah buat kawan korang tu rasa di hargai. Bagi dia hadiah, belanja dia makan, gembirakan dia, hargai dia, puji kebaikan yang dia buat. Sebab kadang-kadang, orang rasa tak nak berubah sebab dia rasa tak di hargai. Dia rasa semua orang benci dia. Tapi bila korang menghargai kebaikan yang dia buat, di situ hati dia akan tersentuh, akan lembut, dan akan senang terima kebenaran.

d) Dengar luahan dia. Sometimes, kita asyik tegur, tegur, tegur je kawan kita. Tapi, kita tak pernah nak dengar luahan masalah dia. Kita marah bila dia tak nak dengar cakap kita. Tapi kita pulak tak nak dengar luahan dia. Sometimes, ada benda yang dia nak cerita kat kita. So, dengar. Dengar luahan dia, dengar masalah dia, kalau dia nangis, fahamilah perasaan dia, pujuk dia, support dia, bagi dia semangat. Jadilah pendengar yang setia!

e) Tegur dan bimbing dia. Bila dia dah luahkan masalah, barulah korang tegur dia. Dan, jangan takat tegur, tapi, BIMBING dia. Dari awal dia nak berubah, sehingga saat akhir, kita bimbing dia, step by step, slowly slowy.

f) Tackle satu-satu isu. Mulakan dengan cerita pada dia tentang iman, supaya dia rasa bahawa Allah itu dekat dengannya, Allah itu maha penerima taubat. Cerita kat dia tentang Allah, kebesaran Allah, kasih-sayang Allah, pengampunan Allah, maha pengasihnya Allah.

Kemudian baru tackle isu IBADAH. Ajar dia SOLAT, kemudian ajak dia solat awal waktu, kemudian ajak dia solat jemaah, ajak dia pergi masjid dan surau, kemudian, ajak dia pergi MAJLIS ILMU, dengar kuliah, ajak ikut usrah, dengar ceramah, kita bagi dia buku-buku agama.

Kemudian, bila dia dah rapat dengan kita, dan hatinya dah subur dengan iman dan ibadah, barulah kita suruh dia tinggalkan jahiliah yang dia buat. Couple ke, rokok ke, video lucah ke, drama movie ke, apa-apalah. Bila hati dah ada iman, baru dia akan rasa teguran tu BERMANFAAT untuk dia.

Lalu, setelah dia dah dapat tinggalkan jahiliah, kita explain pula pada diri dia tentang DAKWAH. Tanam dalam diri dia kepentingan dakwah, kewajipan dakwah, ajak dia dakwah sama-sama, dan akhirnya, dia akan jadi pendakwah macam kita juga, bahkan lebih baik insyallah!

Akhirnya, kena tengok keadaan juga. Teguran umum berbeza dengan teguran khusus. Step yang saya tunjuk di atas ini adalah untuk teguran khusus, face to face.

Hatta perkara inilah yang di lakukan oleh Rasulullah bila nak islamkan Bilal bin Rabah.

Nabi setiap hari datang kat tempat Bilal, dan buat kerja-kerja Bilal(kita pun tahu, Bilal ni hamba, dan kerjanya amat berat), tapi, nabi buat semua kerja-kerja Bilal. Setiap hari!! Sampai satu masa, Bilal tanya nabi:

“Wahai Muhammad, kenapa kau buat semua kerja-kerja aku setiap hari? Apa yang kau inginkan daripada aku?”

Lalu, nabi menjawab:

“Aku nak kau masuk islam….”

Terus Bilal ‘cair’, dan on the spot, Bilal masuk islam!!

Hebatkan nabi?

Subhanallah. Sebab tu kita kena cuba tiru nabi.

Adapun teguran umum, seperti ceramah, talk, penulisan buku, twitter, blog, FB dan sebagainya, terpulanglah dengan cara masing-masing. Asalkan bertepatan dengan Alquran dan sunnah. Boleh rujuk kisah nabi mengumpulkan kaum quraisy dan mengajak mereka masuk islam, tapi takde sorangpun terima, bahkan nabi di cerca oleh Abu Lahab. Pada masa yang sama, ada juga yang menerima.
_______________________________________________________________________

KESIMPULAN

Akhir sekali, dalam dakwah ni, dalam menegur ni, kita janganlah cepat mengalah. Sentiasalah check diri masing-masing.

Saya sendiri bila buat Tarbiah Sentap ni ada orang kata saya bodoh, orang kata saya bangang, orang kata saya sesat, orang kata saya syadid, jumud, pemikiran sempit, orang kata saya babi, orang kata saya sial, orang perli dan perlekeh, orang kata dakwah saya tak relevan, orang kata saya ni menjauhkan orang dari islam, orang suruh saya delete akaun Facebook dan twitter, orang bash saya, biasala tu.

Sedih memang sedih. Tapi sebenarnya, best jugak bila ada orang kutuk. Kenapa?

Sebab bila ada orang kutuklah, kita akan rasa yang kita ni sebenarnya hina, lemah tak berdaya, tiada apa-apa kelebihan. Barulah kita rasa rendah diri pada Allah, rasa feel bila doa dan sujud. Kalau asyik di puji je, kita akan lupa diri. Sebab tulah, Allah hantar orang untuk kutuk kita supaya kita tak lupa diri!

Allah nak dengar rintihan dan tangisan kita.

Pada masa yang sama, saya dapat puluhan ribu emel, juga ribuan soalan di Facebook, ramai orang yang mengatakan dia rasa semangat nak berubah lepas baca tulisan saya, bagaimana Tarbiah Sentap memberi inspirasi pada diri dia, dan macam-macam soalan orang nak berubah dari kes sedahsyat nak murtad, dah terlanjur, ketagih video lucah dan onani, gay lesbian, sehingga isu rumah tangga, penceraian, derhaka, isu ukhwah, persahabatan, isu fiqh, dan sebagainya.

Alhamdulillah.

Nak kata, dakwah ni, akan ada orang terima dan akan ada orang tak terima. Itulah fitrah. Janganlah kita down kerana memikirkan kutukan orang pada kita. Sebab, kita dakwah tujuannya bukannya untuk mendapat pujian.

Imam Ahmad dakwah, sampai semua orang anggap dia sesat, dan dia telah di penjarakan oleh Khalifah di zamannya, tetapi, akhirnya, kebenaran itu tetap kebenaran, walaupun satu dunia menolaknya.

Akhir kata, bila kena bash, nasihat saya:

“Muhasabah diri, taubat pada Allah, doa dan minta ampun pada Allah sungguh-sungguh…”

Kerana, Imam Syafie berkata:

“Kalau kau tak terkesan dengan dakwah ku, hanya di sebabkan 2 perkara. Samada, hati AKU yang kotor, ataupun hati KAU yang kotor…”

Wallahua’lam.

-Adnin Roslan-


0 Comments:

Post a Comment


|