Human

Status
i use 'aku' to represent aku . you can call me nor if ure blogwalking & for people that know me then panggil jelah macam selalu . halah halah ><
Home About

Very busy guys . Can't proceed anything yet T-T

Owner

بسم الله الرحمن الرحيم




R & R

الحمد لله ربّ العالمين
أستغفر اللّٰه
سبحان الله




storieslist


© 2014 - All edit by Pop
We are all same :)
Saturday 19 May 2018 • Saturday, May 19, 2018 • 0 comments



Assalamualaikum fellas !

its been 2 weeks aku keluar matrik (yeay) . i actually can imagine jr tengah search how is matrik life, betul ke matrik life ni susah ? dll kaaaaannn :) bcause i was like that too when i was at ur age . ok nak mula dari mana tah ni . emmmmmm mula dari kecik la en

ok ceni masa form 4 aku nak sangat masuk kelas sains & alhamdulillah dapat la kelas sains ( beta ) . semu senior kabo dah susah kelas sains ni . lagi lagi addmath . hahahaha acah bijak aku pun tak kisah but little did i know addmath is really though haaaa nak tido je setiap kali kelas addmath ! aku ni dah laa mimpi nak masuk asasi lah, matrik lah . tapi macam takde harapan addmath gagal saje masa form 4 . hahahahahaha sama tak kita ? kalau tak sama awak outlier (learn this in math at matrik) masuk form 5, aku tetap apply matrik because siapa tahu rezeki kita kan ? pastu struggle macam tak struggle . bodoh main saje . tak sedar diri nak spm hahahahahahahaha ;p my fav subjek masani chemist ! masani lah .

pastu syarat nak masuk matrik wajib lulus addmath pualk ! asasi ? dalam mimpi sungguh dah ni hahahahah . masa form 5 i got new teacher that pretty good in teaching alhamdulillah  result spm lulus ( D ) . jujur la i got 2A je masa spm tak naik pentas pun macam korang ok ?  masani dah bersyukur dah sebab semua lulus, no failed ( woooow what an achievement) then masani jugak dah give up dengan matrik . yelah banyak kot saingan . berlambak lagi yang A penuh . komfem dorang dapat dulu . jadi i just wait panggilan form 6 . memang takde niat sangat nak sambung diploma terus . i just hm takde niat :) idk why . tapi kalaulah ditakdirkan takde dapat either form6 and matrik, i go jugak lah dip . mungkin rezekinya disitu

makan tido makan tido sampailah hari panggilan for form 6 yeayyyyy . excited ! semua kawan kawan dapat form 6 . ohh happynya tengok kawanan ku >< tetiba ada lah member sorang ni tanya aku dapat tak , semak dah ke sebab nama dia takde . aku pun semak lah ( konfiden nama ada woi ) tetiba takde sobs T-T menangis lah apalagi . kenapa apa berlaku, kene mohon ke, ada error ke apa macam la aku persoalkan . pastu member aku yang sama sama nama takde tu kata, kalau takde nama kat form 6 maknanya ada nama kat matrik . aku ni heh series lah kat matrik, 2A je kot . tapi still praying lah ada . i dont apply nak masuk form 6 balik masa ada waktu permohonan dibuka untuk siapa yang takde nama . sebab nama untuk matrik keluar lambat sikit dari nama form 6 .

hari nak check nama untuk matrik pun dah tiba, alhamdulillah, kuasa Allah aku dapat matrik pst which is program satu tahun . alhamdulillah menangis lagi hahahahahaha T-T dapat pulak kat gambang je . yeah dekat dekat *joget* pastu sebelum pergi tu melawat la sekolah, ada lah cikgu tak percaya aku dapat matrik . suruh aku fikir semula betul ke aku nak . dapat survive ke aku ni . siap tanya addmath aku dapat berapa . dia cakap kalau dapat D dekat matrik takleh survive . well then take it as challenge ! :) my mom said rezeki Allah, hati pun dah bertaut nak ke sana jadi go for it

and yes i choose matrik, and i will continue matrik stories in next entree sebab blog ni dalam process new face hahahahahahahah


ok jadi apa yang penting is
BELIEVE IN YOURSELF
*tetiba ><  


; Hargailah orang yang menegur kita
Wednesday 1 June 2016 • Wednesday, June 01, 2016 • 0 comments



"Kau tak faham. Aku bukan tak nak berubah, tapi aku dah ketagih. Kau ingat, senang ke nak tinggalkan benda yang kita dah ketagih? Kau tak pernah kena senangla cakap!!"

"Kau tu, lahir dalam keadaan suci. Mak ayah kau masukkan kau dalam sekolah agama. Boleh la kencang. Aku ni, duduk dalam keluarga porak peranda. Kalau kau hidup macam aku, tah-tah kau jadi lagi teruk dari aku..."

Kawan.....

Sebenarnya, boleh jadi, orang yang selalu tegur kita tu, bukanlah sebab mereka ni suci atau tak pernah hidup bergelumang dalam dosa.

Tak semestinya.

Boleh jadi, mereka tegur kita tu, sebab mereka dah pernah hidup dalam kekotoran, dan mereka dah rasa betapa peritnya hidup dalam dosa dan maksiat.
Dan, kenapa mereka bersungguh-sungguh tegur kita ? kerana mereka ingin selamatkan kita. Mereka tak nak kita rasa benda yang mereka dah rasa dulu. Mereka tak nak kita ni terseksa dengan dosa seperti mana mereka pernah lalui di zaman silam mereka.

Kita selalu tuduh mereka "tak faham" kita. Kita jadikan itu sebagai alasan untuk kita tak nak terima teguran.
Kita kata:
"Kau sekolah agama boleh la..."
"Mak ayah kau ustaz ustazah. Boleh la..."

Tapi, kita lupa satu benda. Hari ini, siapa mak ayah, sekolah agama atau bukan, ia bukanlah penentu seseorang tu baik atau jahat.

Saya sendiri dah jumpa ramai pelajar sekolah agama, tahfiz yang berzina. 
Saya juga pernah jumpa banyak kali orang yang lahir dari keluarga yang cerai berai, tapi akhirnya dia jadi orang yang sangat baik dan menjaga agama.


Akhirnya, perubahan itu bergantung pada diri sendiri


Kita tak tahu. 
Kadang, orang yang kita nampak dia baik dan soleh sekarang, kita tak tahu, apa ujian yang mereka hadapi. 
Betapa susah dan besarnya pengorbanan yang mereka lakukan untuk akhirnya mereka jadi orang yang baik seperti yang kita kenal.
Kita tak nampak jatuh bangun mereka. 
Kita tak nampak berapa banyak kali mereka menangis mengalirkan air mata taubat. 
Kita tak nampak betapa susahnya mereka berkorban menahan diri dari maksiat, di kala orang sekelilingnya menganggap ianya normal.
Kita tak nampak bagaimana mereka di kutuk, di caci, di pulau ketika mereka nak berubah

Apa yang kita nampak ?
Yang kita nampak hanyalah sekarang dia baik, dan dia selalu tegur kita.
Kemudian kita terus menerus tuduh mereka:
"Kau tak faham aku!!"
"Kau suci boleh la!!"
"Kau hipokrit. Tak payah bajet alim! Kau tu bukan baik sangat!!"

Tapi, adakah mereka membalas segala maki hamun dan tuduhan yang kita sering lemparkan?
Tidak.
Mereka sabar. Bahkan, mereka berdoa untuk kita di malam hari, agar Allah beri kita hidayah. Agar Allah beri kita petunjuk dan buka hati kita.Mereka tegur kita, bukan kerana nama. Andaikata kerana nama, nescaya mereka akan putus-asa bila nama mereka di buruk-burukkan dan di fitnah serta di tohmah. Mereka tegur, hanya semata-mata untuk tak nak kita terjatuh ke dalam lubang yang mereka pernah terjatuh di zaman silam mereka.
Mereka nak selamatkan kita. Bukan kerana mereka memandang rendah kita, membenci kita, atau yang sebagainya. 

Ingatlah wahai teman.
Di akhirat nanti, kita akan menangis dan menyalahkan semua orang yang tak tegur kita ;
"Kenapa kau tak tegur aku kat dunia dulu??!! Kenapa kau biarkan aku buat dosa?!!"
"Aku dah tegur kau. Tapi kau tak ikut..."
"Kenapa kau tak paksa aku?!! Kenapa kau tak marah aku!! Kenapa kau putus-asa dari aku!!"
Di saat itu, kita akan menyalahkan orang yang tidak menegur kita.

Tetapi, di dunia...
Kita sering menyalahkan orang yang menegur kita..
"Kau siapa nak tegur aku?"
"Takyah menggelabahla.. Kau tu sembang je lebat. Perangai macam haram..."
"Kau blah la!!!"

Muhasabahlah wahai teman..
Hargailah setiap orang yang menegur kita. Hargailah mereka.


-Tarbiah Sentap-